Ikan Bilis Pangkor Mata Biru
IKAN BILIS MATA BIRU merupakan satu jenama yang sangat popular bagi pelancong atau pengunjung yang berkunjung ke Pulau Pangkor, Manjung dan Bandar Lumut, Perak untuk membeli ikan bilis. Ikan bilis mata biru (foto diatas) atau ada yang kata 'ikan bilis mata hijau' ini dijual dibanyak lokasi yang menjual produk hasilan laut di kawasan pelancongan ini. Apa agaknya yang istimewa mengenai ikan bilis mata biru ini yang berharga sangat mahal?. Menurut beberapa penjual yang saya ditemubual, mereka menyatakan ikan bilis jenis ini merupakan produk tempatan dari Pulau Pangkor dan tidak terdapat ditempat lain. Ikan bilis ini adalah rangup, tidak masin dan tidak liat seperti ikan bilis yang lain. Ikan bilis mata biru juga tahan disimpan didalam peti sejuk selama lebih sebulan tanpa mengurangkan kualitinya. Harga yang ditawarkan berbeza-beza mengikut saiz, kesegarannya selain daripada kualiti. Harga runcit paling murah adalah sekitar RM20.00 sekliogram(Ikan bilis agak lama) dan lazimnya harga runcit ditawarkan diantara RM 35.000 hingga RM70.00 sekilogram. Memang mahal harga ikan bilis ini yang mana ia lazimnya dibeli oleh pelancong yang banyak duit serta 'enjoy' akan kualitinya.Pelanggan sering membeli ikan bilis mata biru setiap kali berkunjung ke Pangkor dengan belian sebanyak 1 - 2 kilogram. Ikan bilis ini enak digoreng begitu sahaja untuk dimakan dengan nasi lemak (tidak masin) atau dibuat sambal atau sebagai ramuan utama untuk buat nasi goreng kampong (Jenis yang kecil sedikit). Artikel lepas maghrib ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan jenama popular di Pangkor iaitu Ikan bilis mata biru yang kini semakin popular sebagai ikon kawasan tersebut untuk bacaan anda.
Ikan bilis mata biru gred A dan paling bermutu di Asia Tenggara akan dijadikan daya tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara yang mengunjungi Perak. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya akan menjadikan ikan bilis jenis ini yang hanya boleh ditemui di Pulau Pangkor sebagai ikon baru. "Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, kita mahu pelancong mengenali Pulau Pangkor sebagai satu tempat pengeluar ikan bilis terbesar di Malaysia. "Sarawak terkenal dengan kek lapis dan keropok masin, selepas ini kita juga mahu jika pelancong yang datang ke Pulau Pangkor membawa pulang ikan bilis jenis ini. "Oleh itu, saya berharap pengusaha dapat membuka ruang kepada pelancong untuk melihat secara dekat pemprosesan ikan bilis ini,
Ikan masin Pangkor :
IKAN BILIS ... BERMATA BIRU....
PULAU PANGKOR... ASALMU...
HARGA MAHAL... IA DIBURU...
PELANCONG BELI.. ELAK DITIPU...
Jika ingin membuat tempahan boleh hubungi kami
- Alza : 0195662974
- Fieza : 0199731464
- Syikin : 01126548201
- Epy: 01126548207